Teks : Rahayu Mat Lazim
Gambar : Carian google
Gambar : Carian google
Kongsi resepi hari ini ringkas sahaja masakan kesukaan anak-anak di TASKA, iaitu ayam masak kicap. Ayam dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan ayam masak kicap ini adalah masakkan kegemaran anak-anak di TASKA saya selain dari nasi ayam.
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1biji bawang besar (dipotong nipis)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Kicap secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng
Bahàn untuk di tumbuk atau dikisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1inci halia
1 batang serai
1inci kunyit hidup
7 ulas cili api (biasanya saya tiadak meletakan cili apabila memasak untuk anak-anak di TASKA)
Cara-cara memasak
- Basuh ayam sehingga bersih dan ketepikan
- Tumbuk atau kisar semua bahan seperti dinyatakan di atas (saya memilih untuk menumbuk)
- Gaul semua bahan yang ditumbuk dengan ayam yang telah dibersihkan bersama garam dan asam keping sehingga sebati
- Panaskan minyak ke dalam kuali
- Apabila minyak Sudah panas masukkan semua bahan tadi kecuali bawang besar dan kicap tutup kuali lebih kurang 10 minit
- Selepas 10 minit buka penutup kuali dan kacau ayam supaya tidak hangus masukakkan kicap dan bawang besar
- Setelah kuahnya agak kering dan masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba.