Pages

Wednesday, 3 June 2020

Mula menulis lagi

Teks : Rahayu Mat Lazim

Dah lama aku tinggalkan blog ni. Kali terakhir aku menulis di sini beberapa tahun yang lalu. Hampir lupa aku akan kewujudan blog Ini. 

Bermula dengan masalah komputer,  masalah internet di tambah lagi dengan kesibukan... Sibuk?.  Sebenarnya nak cakap sibuk tu tiada lah sibuk sangat saja nak cari alasan.Ya lah manusia ni memang suka beralasan kan.

Diam tak diam bertahun dah aku tinggal kan blog ni. Hari ni aku cuba buka semula blog ni dengan niat nak memulakan semula apa yang dah lama aku tinggalkan. Semoga kali ini aku akan terus istiqamah. 

Sebenarnya bukan sahaja menulis di sini aku ada juga menulis dalam buku-buku catatan aku dan aku simpan sendiri. Aku belum bersedia untuk kongsi kan lagi. Mungkin satu masa nanti aku akan publish kan juga. 

Agak-agak untuk blog ni apa topik yang sesuai ya. Rasanya aku ingin berkongsi mengenai aktiviti aku di rumah yang mungkin boleh mendatangkan pendapatan. Semoga memberi manfaat untuk orang lain juga. 

Tunggu ya..